Client Servicing

Munir
0







Hari ni 9hb May 2011... halfday habiskan masa kat KPJ Perda dari 8:30 pagi lagi. Uruskan kemasukan untuk sorang client yang anak dia ada masalah dengan telinga. Untungnya client yang ada agent. Cubalah bayangkan kalau dia ambil insurans yang tak ada servicing agent. Semuanya kena buat sendiri. Dah la sakit... lepas tu semua kena buat sendiri.





Kalau sesiapa nak ambil insurans carilah yang ada servicing agent. Insurans yang tak ada servicing agent ni selalunya through bank... atau call dari mana-mana bank... atau memang company insurans tu memang jenis sistem yang tak ada agent. Kalau nak compare harga memang murah sikit. Tapi bila nak claim, hanya orang pernah hadapinya saja yang tau.





Memang meletihkan, tapi kepuasan terasa bila client ucap terima kasih.










Keja sebagai agent insurans ni adalah "rejection career" - kata Bro Din, member saya kat forum. Tapi alhamdulillah... berbaloi-baloi bila client dah dapat benda yang sama dengan nilai yang dia dah bayaq...









Untuk bermula sebagai agent memang susah. Tak ada kerja yang terus senang. Tapi dalam insurans bila dah senang, ianya akan terus senang... insyaAllah!





Dah settle untuk kes Kak Yana kat atas tu... pi hantaq cek ni pulak... tentu semua orang tau kan rupa orang bila dapat duit... sengeh memanjang... hehehe...












Kepada Bro Azli... bila dapat cek ni boleh la buat kenuri sikit... kasi murah lagi rezeki Auni Textile kat Kulim tu... nanti boleh tambah cawangan lagi... buka kat Penang pulak kaaa... hehehe...



......

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)