Kisah Durian

Munir
0

Kisah Durian









Bolehkah anda bezakan antara buah durian yang selonggok RM20 dan yang selonggok RM200? Kalau dari luar kita tengok saya rasa kebanyakan orang tak akan tahu macam mana condition isinya kat dalam.







Tapi bila sudah beli... dah bawak balik... buka nak makan... masa tulah kita akan tau mana yang elok mana yang tak elok... kadang-kadang ada ulat... boleh makan sikit saja...





Tauke yang jual durian tu masih untung... tak kira la anda beli yang RM20 ke atau yang RM200 ke... dia TETAP akan untung... bezanya banyak dengan sikit saja... yang rugi siapa?





Apabila anda beli barang yang anda anggap sama tetapi harga lain-lain... janganlah anda mengharapkan kualiti yang sama... pasti akan ada perbezaan... apa yang anda beli itulah yang anda akan dapat!





Saya rasa kisah DURIAN ini pasti ramai yang telah melaluinya...





Kenapa saya kaitkan kisah durian kat weblog insurans saya ni... YAAAA... bagi saya masih ramai yang tak faham perbezaan ambil insurans yang bayar RM20 SETAHUN dengan yang bayar RM200 SEBULAN... masa nak ambil nak yang paling murah... bila sampai masa nak claim... nak SEMUA boleh claim... inilah REALITY orang kita...





Masa nak ambil tak apa... murahhh... saya tau... saya faham bukan semua yang boleh claim... tapi bila sampai masa SAKIT... ada yang tak boleh claim... saya boleh JAMIN... orang yang cakap macam tu dulu tak akan ingat lagi apa yang dia dah cakap... yang dia tau dia nak insurans dia boleh claim!





Lepas tu mula cakap... insurans ni TIPU lahhh... itu lahh ini lahhh...





Kenapa boleh jadi macam ni?... Saya cuma ada satu saja jawapan...





"Kebanyakan dari orang kita meletakkan priority insurans ni di tempat yang paling bawah sekali dalam senarai keperluan utamanya"





Itu saja!






......


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)