Majikan Minta Ganti Rugi

Munir
0




Sumber : Kosmo






Dari artikel 'paper cutting' kat atas ni cuba anda bayangkan dua situasi.





1. Jika anda sebagai pekerja.


2. Jika anda sebagai majikan.





Sebagai pekerja, apakah perasaan anda bila berada dalam keadaan seperti di atas. Bolehkah kita memberi tumpuan 100% kepada kerja kita lagi. Kalau anda sebagai pekerja yang sudah sakit, syarikat tak mahu anda lagi, bolehkah anda bertukar majikan? Cuba anda cari kerja lain dalam keadaan anda sakit.



Sebagai majikan pula, mahukah anda ambil pekerja yang sakit? Pekerja yang tidak produktif adalah mustahil majikan nak ambil kita kerja. Lebih-lebih lagi syarikat yang berasaskan keuntungan. Ada ke syarikat perniagaan yang tak buat untung?



Apa yang berlaku ke atas Saudara Mohd Rizal ni samalah seperti 'parachute' yang tidak berfungsi. Dia bekerja dengan syarikat kewangan yang besar. Selalunya syarikat yang besar akan menanggung kos perubatan untuk kakitanganya secara keseluruhan. Tapi apa yang berlaku 'parachute'nya tidak terbuka!



Jadi kepada anda yang tidak mempunyai perlindungan kewangan untuk kos-kos perubatan, janganlah berbangga dengan syarikat tempat anda berkerja. Mereka akan beri kita perlindungan perubatan cuma selagi kita bekerja saja. Tapi kalau sudah sakit dan tidak boleh bekerja lagi... bagaimana?



Ingatlah... kita sebenarnya memerlukan perlindungan insurans walau sekecil mana sekalipun gaji kita. Wajibkanlah sebahagian dari gaji kita untuk perlindungan insurans. Anda tidak akan merasa selagi anda tidak melaluinya.



Tepuk dada tanya keperluan diri anda!



......

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)