Syarat Tuntut Pampasan

Munir
0












Sumber : Berita Harian





Ketahuilah syarat-syarat untuk membuat sebarang tuntutan. Untuk mengelakkan daripada tuntutan anda ditolak, pastikan :


  • Status Polisi anda dalam keadaan INFORCE. Ini bermakna polisi anda tidak LAPSED. Untuk memastikan polisi anda inforce, dapatkan info dari ejen anda. Pastikan bayaran premium anda up to date.

  • Pastikan semasa membuat permohonan, anda tidak MENIPU atau cuba menyembunyikan maklumat kesihatan anda. Sekiranya anda pernah sakit atau pernah dimasukkan ke wad dan tidak dinyatakan dengan JELAS ke dalam borang Proposal (borang permohonan), kemungkinan untuk tuntutan anda ditolak adalah tinggi.

  • Pastikan RISIKO PEKERJAAN anda betul. Ini untuk menentukan KELAS PEKERJAAN anda diisi dengan betul oleh ejen semasa mengisi borang permohonan. Juga pastikan status MEROKOK anda dengan jelas.



Beberapa tuntutan yang tidak dilindungi juga anda perlu jelas. Minta penerangan ejen anda tentang apa yang COVER dan apa yang TIDAK. Semuanya ada di dalam buku polisi.





INGATLAH... syarikat insurans TIDAK pernah menipu. Selalunya ejenlah yang menipu atau pelanggan sendiri yang menipu dengan tidak menyatakan perkara yang disebut di atas. Syarikat insurans hanya akan mengikut apa yang ternyata di dalam buku polisi. Ejen pulak ada yang tiada kefahaman produk, ditambah pula terlampau excited nak promote, mungkin dia akan tersalah explain. Inilah yang selalu terjadi.





Jadi, kalau anda pernah terdengar ada tuntutan yang ditolak, saya PASTI... tentu ada perkara di sebaliknya.



......


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)