Takaful Health

Munir
0









"First Medical Card in Takaful Industry"... saya sukakan ungkapan ini. Tahukah anda Prudential adalah satu-satunya syarikat insurans yang pertama sekali menyediakan perkhidmatan medical card di Malaysia. Ianya bermula pada tahun 1999.





Dan kini dalam industri takaful di Malaysia, Prudential juga mendahului yang lain! Tak keterlaluan rasanya jika saya menggunakan ayat ini..."Prudential Leads, Others Follow". Terpulanglah apa persepsi orang tetapi hakikatnya adalah begitu. Dengan reputasi terbaik ianya telah dibawa ke dalam Prudential BSN Takaful Berhad. Inilah rupa bentuk kadnya...








Tahukah anda bahawa perlindungan kesihatan adalah satu komponen yang utama bagi sebuah pelan kewangan yang menyeluruh. Dengan kos rawatan yang sentiasa meningkat dan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang, maka anda sudah tentu memerlukan perlindungan kewangan untuk menghadapinya.



Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk diri mereka. Bagaimana kalau mereka mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Adakah mereka boleh keluar dengan membawa pelan perlindungan dari majikan lama bersama mereka.



Ada yang tidak menyedari akan kesan buruk akibat tidak membuat persediaan awal bagi menghadapi ketidaktentuan, sehinggalah mereka dimasukkan ke hospital!

Kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital. Malah seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjutan, dialisis buah pinggang, rawatan kemoterapi atau penjagaan jururawat dirumah.



Di PruBSN, kami memahami keperluan pelanggan-pelanggan kami. Oleh itu kami menawarkan pelan Takaful Health sebagai salah satu manfaat tambahan, bertujuan untuk melindungi anda sehingga umur 80 tahun dari kos-kos penghospitalan utama.Takaful Health adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh yang boleh disertakan bersama Pelan Takafulink anda. Kelebihan Takaful Health ialah...


  • Had tahunan yang tinggi.

  • Kadar bilik wad sehingga RM 400.00 sehari.

  • NCB - No Claim Bonus. Ganjaran bila anda sihat. Nikmati bonus sehingga RM500 apabila anda tidak membuat sebarang claim dalam tempoh 12 bulan polisi. Hanya Prudential menyediakan manfaat ini.

  • Kebebasan memilih hospital-hospital dan doktor-doktor (dapatkan senarai Hospital Pakar dari Wealth Planner anda).

  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.

  • Jaminan pembaharuan.

  • Tiada jadual pembedahan yang terhad.

  • Tiada had bayaran bagi bil-bil hospital (tidak melebihi nilai tahunan dari ‘Medical Card’). Semua “Seperti Dicaj”.

  • Manfaat yang termasuk cukai perkhidmatan.

  • Rawatan sebelum masuk (30 hari) dan selepas keluar hospital (90 hari).

  • Penjagaan jururawat di rumah.

  • Pembedahan balik hari.

  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan.

  • Rawatan pesakit luar bagi penyakit barah dan dialisis buah pinggang.

  • Bantuan perubatan kecemasan antarabangsa dan tempatan.

  • ...dan bukan "third party" medical card.


Takaful Health boleh digunakan dilebih 60 Hospital Pakar ekslusif di seluruh Malaysia. Di bawah sini saya sediakan jadual untuk pilihan masing-masing. Anda boleh pilih pelan yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda. Klik di gambar untuk mendapatkan saiz yang lebih besar.









Perlindungan bagi Penyakit Spesifik adalah selepas 120 hari selepas penerimaan.



Note : Untuk kos rawatan hospital adalah tertakluk pada Ko-Takaful




Perlindungan bermula serta-merta selepas penerimaan bagi kemasukan ke hospital akibat kemalangan dan 30 hari selepas penerimaan bagi akibat-akibat lain. Sila lihat di Tempoh Medical Card.






......

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)