Pelan Lengkap PruBSN Link Series

Munir
0



Dengan menyertai pelan Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan di Prudential BSN Takaful Berhad ( PBTB @ PruBSN ), anda akan ditawarkan pelan yang terbaik dari PruBSN. Satu pakej yang paling lengkap untuk anda atau keluarga anda.





1. Simpanan Anda, Pasangan Anda atau Simpanan Pendidikan Anak anda akan dilabur melalui pembelian unit dana-dana Takafulink yang mematuhi prisip Syariah dan dipantau oleh Komiti Syariah PBTB dengan kawalan dari Bank Negara Malaysia. Rujuk di akhbar harian atau http://www.prubsn.com.my/ untuk mengetahui harga terkini. Simpanan jangka panjang hanya dari serendah RM 1.70 sehari atau RM 50 sebulan untuk yang berumur 18 tahun ke bawah dan RM 100 untuk 19 tahun ke atas ( pilihan caruman dan manfaat adalah berdasarkan umur )



2. Anda akan mendapat kemudahan Takaful Health 2 (‘Medical Card’ yang pertama dalam industri Takaful – kemudahan kemasukan ke Hospital Pakar secara ‘express’) untuk sebarang jenis penyakit atau kemalangan (tertakluk pada terma dan syarat – rujuk kepada Wealth Planner anda). Ia pasti akan memenuhi keperluan hospital anda atau keluarga sepenuhnya sehingga umur 70 atau 80 tahun atau 100 tahun!



Kebanyakan majikan memberikan kemudahan perubatan sehingga umur kakitangan tersebut 55 tahun atau selagi anda masih bekerja sahaja, apabila anda bertukar majikan sudah tentu anda perlu memohon pelan yang baru, itu pun jika anda masih sihat dan pada masa itu sudah tentulah nilai caruman lebih tinggi dari sekarang.



Kos rawatan di Hospital Pakar dibayar oleh PBTB dengan peruntukan minimum dari RM 500,000.00 sepanjang polisi dan jumlah tuntutan dari RM 50,000.00 setahun (atau yang paling tinggi RM 1,500,000.00 sepanjang polisi dengan tuntutan RM 150,000.00 setahun)




  • Kadar bilik wad dari RM 150.00 hingga RM 600.00 sehari.

  • Elaun hospital dari RM 150.00 sehingga RM 400.00 sehari (ini penting terutama kepada anda yang bekerja sendiri)

  • Had tahunan yang tinggi. (sehingga RM250,000 setahun)

  • Kebebasan memilih hospital-hospital dan doktor-doktor (dapatkan senarai Hospital Pakar dari Penasihat Insurans anda).

  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.

  • Jaminan pembaharuan.

  • Tiada jadual pembedahan yang terhad.

  • Tiada had bayaran bagi bil-bil hospital (tidak melebihi nilai tahunan dari ‘Medical Card’). Semua “Seperti Dicaj”.

  • Manfaat yang termasuk cukai perkhidmatan.

  • Rawatan sebelum masuk (30 hari) dan selepas keluar hospital (90 hari).

  • Penjagaan jururawat di rumah.

  • Pembedahan balik hari.

  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan.

  • Rawatan pesakit luar bagi penyakit barah dan dialisis buah pinggang. Tidak ada had seperti contoh di SINI.

  • Bantuan perubatan kecemasan antarabangsa dan tempatan dari S.O.S.

  • Kemudahan untuk 'Auto Up Grade' yang pertama seumpamanya di pasaran. Lihat di link Medical Card.







Elaun Hospital akan dibayar setelah anda keluar hospital. Bayaran kos hospital tidak akan menjejaskan jumlah/nilai yang telah anda carumkan. Untuk elaun hospital dan elaun cuti sakit, bayarannya tidak melibatkan nilai wang caruman atau nilai ‘Medical Card’ anda. Untuk contoh-contoh claim Elaun Hospital anda boleh cek di link CLAIM.



3. Faedah perlindungan 36 Penyakit Kritikal atau Hilang Upaya Kekal, bayaran sekaligus akan dibuat mengikut pilihan anda dan ‘Auto Saving’ bermula. Pilihan dibuat untuk mengurangkan beban tanggungan semasa pencarum dijangkiti salah satu dari 36 Penyakit Kritikal atau Hilang Upaya Kekal. Pampasan Kematian biasa atau akibat kemalangan, bayaran sekaligus akan dibuat bersama keuntungan dari unit-unit simpanan/pelaburan serta RM 2000.00 khairat kematian.



4. Faedah perlindungan ‘Personal Accident’ untuk anda atau keluarga anda di mana-mana sahaja sama ada di jalan raya, di rumah, di tempat kerja atau di sekolah. Tuntutan bayaran bil rawatan sehingga RM 2000.00 (tidak mengganggu nilai caruman atau nilai ‘Medical Card’ anda) bagi setiap kes kemalangan yang tidak dimasukkan ke wad termasuk kemalangan kecil.



Elaun Cuti Sakit (M.C. – disebabkan kemalangan) dibayar sekurang-kurangnya dari RM 100.00 sehingga RM 1400.00 seminggu (bergantung kepada pilihan anda – berdasarkan nilai gaji/pendapatan tahunan dan kelas pekerjaan anda, ini penting terutama kepada anda yang bekerja sendiri). Untuk contoh claim M.C. anda boleh cek di link SINI.



5. ‘Auto Saving’ ( Contributor Benefit ), sekiranya anda disahkan menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal, anda tidak perlu lagi membuat caruman. PBTB akan membuat caruman untuk anda sehingga umur 80 tahun! Sekiranya keluarga di bawah tanggungan anda mempunyai Pelan Takafulink, mereka juga tidak perlu lagi membuat caruman yang akan datang, PBTB akan meneruskan caruman untuk mereka. Untuk contoh Contributor Benefit yang telah berjalan anda boleh cek di link SINI. Bayaran caruman bulanan untuk polisi client ini WAIVED.



Untuk anak anda pula yang mempunyai Pelan Takafulink juga, sekiranya berlaku perkara tersebut ke atas diri anda, PBTB akan meneruskan carumannya sehingga umur 25 tahun!



Walaupun anda tidak perlu lagi membuat caruman, kemudahan ‘Medical Card’ dan manfaat-manfaat sampingan diteruskan sehingga umur 70 tahun (pilihan sehingga umur 80 atau 100 tahun). Simpanan terjamin, kemudahan diteruskan!



6. Pelbagai BONUS disertakan bersama Pelan PruBSN Link Series




  • No Claim Bonus disertakan bersama Medical Card. Manfaat dibayar ke dalam akaun PruBSN bagi pencarum yang tidak pernah claim dalam tempoh 12 bulan sijil.

  • Loyalti Bonus, dibayar bagi pencarum yang mencarum secara tertib selepas 36 bulan sijil.

  • Bonus AchieveFirst, dibayar untuk salah satu dari beberapa peristiwa dari Pelan PruBSN FirstLink.

  • EduSmart Bonus, dibayar untuk SETIAP peristiwa dari Pelan PruBSN SmartLink.




7. Sijil Takafulink Fleksibel, sangat fleksibel!!... anda boleh memilih mana-mana yang anda mahu, sama ada mahu simpanan atau perlindungan yang lebih. Anda boleh membuat pengeluaran tunai pada bila-bila masa! Tiada tempoh matang untuk pengeluaran tunai. (untuk mendapat kemudahan ini pastikan Nilai Tunai anda melebihi RM 1,000.00... contohnya, di dalam akaun anda ada RM 10,000.00. Anda boleh keluarkan RM 6000.00 untuk sebarang kegunaan – minimum pengeluaran adalah RM 1000.00).



Dengan Pelan Takafulink dari PBTB yang sangat fleksibel, pastinya sijil anda tidak akan ‘lapsed’, walaupun anda tidak membuat caruman untuk beberapa bulan tetapi semua manfaat dari pelan anda diteruskan seperti biasa! Anda akan menikmati faedah seperti ini apabila sijil anda telah mempunyai Nilai Tunai. Caruman anda akan ditampung dengan keuntungan dari akaun skim pelaburan anda.



+ Faedah Persaraan, ini akan menjadi sebagai faedah untuk persaraan hari tua anda. Dari Pakej Simpanan dan Pelaburan, anda tidak perlu risau tentang persaraan anda kelak terutama kepada anda yang bekerja sendiri dan tidak membuat sebarang simpanan atau caruman di KWSP (samada anda menggunakan ‘Medical Card’ atau tidak, simpanan dan keuntungan dari pelaburan anda tetap tidak terusik). Sertakan bersama Takaful Saver ke dalam sijil anda untuk pulangan yang lebih tinggi.



Dengan ‘profit sharing’ yang berkonsepkan mudharabah, kemungkinan keuntungannya lebih tinggi dari simpanan biasa adalah TINGGI. Semestinya simpanan anda tidak hangus!



Untuk penerangan bagi setiap manfaat yang lebih BANYAK dan secara lengkap anda lihat di link Manfaat Lengkap. Semuanya di dalam
SATU PELAN (SIJIL)...!

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)