Wajarkah alarm bunyi kuat macam ni kat hospital... bukan kat luaq... ni kat dalam wad...
Kisah ni berlaku semasa saya melawat mak mertua saya yang admitted kat Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani seminggu sebelum raya tempoh hari... bunyi alarm @ siren dia tu sangat membingitkan telinga... kalau tengok M.O. dengan staff nurse tu pun tutup telinga dengaq bunyi alarm ni... bukan sekejap pulak tu bunyi dia...
Bagi saya ia mungkin tak mengganggu pada orang yang tak sakit... tapi macam mana dengan orang yang sakit... kesian tengok depa... staff yang sihat pun sakit telinga dengaq sampai tutup telinga... tambah la orang yang sakit... kalaulah alarm ni berbunyi di setiap floor... bayangkan macam mana kalau kat ICU...
Bila dah habis waktu melawat tu... kami pun beredar... sampai kat lif... lif pun semua tak boleh pakai... tak berfungsi... kita orang sihat ni tak pa la... bayangkanlah orang yang sakit... tingkat 4 nuuu nak menapak... tak kan alarm tu bunyi sebab lif rosak... tak mungkin kot...
Saya rasa pihak hospital patut cari alternative lain untuk mengurangkan bunyi alarm ni... terutama di wad-wad... orang yang sakit tak sepatutnya dengaq bunyi yang boleh menambahkan lagi sakit depa... atau mungkin staff yang tertentu boleh buat pengumuman bila alarm berbunyi macam ni... mungkin bunyi tu boleh dikawal setelah pengumuman dibuat...
Selalunya kalau kita drive kereta lalu kat depan hospital, kita akan nampak papan tanda yang mana kita tak dibenarkan membunyikan hon... itu di luaq hospital... ni kat dalam wad pulak...
...kalau tekan hon jugak... kilat panah! ... (^_^)