Potensi Income

Munir
0



Potensi Income



Agak-agak anda berapakah pendapatan seorang ejen insurans @ takaful? Kebanyakan orang akan menganggap pendapatan seorang ejen insurans mesti LUMAYAN.



Sebenarnya pendapatan bagi setiap ejen tidaklah sama...



ada yang RM2,000 sebulan... 



ada yang RM10,000 sebulan... 



ada yang RM20,000 sebulan... 




ada yang RM50,000 sebulan... 




ada yang RM100,000 sebulan...




...dan percayakah anda... ada yang telah mencecah pendapatan RM300,000 hingga RM500,000 sebulan! 
Berapa lamakah masa yang diambil oleh seorang ejen untuk mencapai pendapatan seperti di atas? Ya... sudah tentu tempohnya juga tidak sama... 



Ada yang buat cuma dalam tempoh 6 hingga 12 bulan saja pendapatannya sudah mencecah RM10,000 sebulan. Ini semua bergantung pada aktiviti seseorang ejen tersebut.



Mari saya tunjukkan bagaimana pendapatan seseorang ejen boleh meningkat.






Sebagai contoh,

Katakanlah dalam 1 hari anda boleh set 3 appointment untuk berjumpa dengan prospect. Ini bermakna anda berpeluang membuat 3 presentation. 1 hari 3 presentation, dalam 7 hari seminggu tu anda sudah ada 21 appointment bersamaan dengan 21 presentation. Tetapi selalunya kalau anda set appointment dengan prospect, bukan semuanya menjadi. Ada yang cancel... ada yang postpone... dan macam-macam alasan lagi. Ini lumrah.



Kita ambil yang logiklah, 21 appointment tu kadang-kadang nampak macam tak logik. Katakanlah dalam seminggu anda ada 10 hingga 15 appointment. Ini bermakna ada boleh buat  10 hingga 15 presentation dalam seminggu. Dalam 10 hingga 15 appointment tu tak semestinya anda boleh close semua... katakanlah anda boleh close case (sign up proposal) antara 7 hingga 10 kes. 7 hingga 10 kes kira banyak tu. Kita ambil yang minimum cukuplah, 7 kes. 7 kes seminggu bermakna average 1 hari 1 kes.



Kita minimumkan lagi, dari 7 kes tu katakanlah anda boleh close 3 kes dalam seminggu. 3 kes seminggu bermakna sebulan anda ada 4 minggu bersamaan dengan 12 kes. Sebulan anda boleh close 12 kes.



Katakanlah kita minimumkan lagi, dalam sebulan tu anda boleh close 10 kes saja. Sebab prestasi setiap ejen bukannya sama. Dan bukannya konsisten setiap bulan. Dengan 10 kes sebulan bermakna setahun anda ada 120 kes.



Jumlah premium pula saya ambil yang average cukuplah. Average premium bagi setiap kes yang ejen-ejen Prudential close ialah RM150 sebulan. Sebab premium bagi setiap kes tidak sama. Ada ejen yang close RM100 sebulan... ada yang close RM130 sebulan... ada yang close RM170 sebulan... ada yang close RM200 sebulan... RM250... RM300... malah ada ejen yang boleh close dengan premium RM500... RM700 hingga RM1000 sebulan! 



Jadi, dengan premium RM150 sebulan... setahun ada RM1,800 API (Annual Premium Income - ini mengikut pengiraan di Prudential). Setiap bulan dengan 10 kes yang anda boleh close, anda  sudah ada RM18,000 API.



RM18,000 X 25% = RM4,500. (Komisyen tahun pertama ialah 25%)




RM4,500 tu ialah setahun... devide dengan 12 bulan... jadi komisyen anda ialah RM375 sebulan... 



RM375.00 tu adalah komisyen yang anda akan dapat sekiranya anda boleh close 10 kes dalam sebulan dengan average premium RM150 bagi setiap kes. Komisyen ni anda akan terima tiap-tiap bulan selama 12 bulan mengikut caruman berkala dari client. Tahun kedua lain pula kiraannya.



Itu bulan pertama. Bulan kedua anda repeat close dengan jumlah kes dan premium yang sama juga. Komisen anda akan jadi...



RM375 + RM375 = RM750 (Bulan pertama campur dengan bulan kedua dan begitulah untuk bulan-bulan seterusnya).



Okay... untuk nak memudahkan kiraan supaya anda nampak... saya buatkan table kat bawah ni... anda boleh lihat bagaimana komisen ejen insurans meningkat setiap bulan. Komisen = Gaji sebab anda akan dapat setiap bulan.










Table kat atas ni hanyalah contoh. Contoh yang menunjukkan seseorang ejen tersebut boleh maintain 10 kes setiap bulan dengan premium RM150 bagi setiap kes. Walau bagaimanapun, kemungkinan closing rate seseorang ejen tersebut tidaklah sama setiap bulan. Mungkin bulan February boleh close 10 kes... mungkin bulan April boleh close 20 kes... dan mungkin bulan September cuma close 5 kes.



Premium yang saya tunjukkan tu pulak semuanya RM150... itu cuma contoh untuk memudahkan anda. Jumlah premium tak semestinya sama semua bagi setiap dari client tu.



Percayakah anda di Prudential ada ejen yang boleh close average 1 kes 1 hari... malah bukan seorang tetapi ramai... average ni maknannya dalam satu tahun tu... ejen tersebut boleh close lebih dari 365 kes dalam 365 hari!



Ini adalah biasa bagi kebanyakan ejen yang betul-betul komited dengan tugas.



Table yang kat atas tu menunjukkan pendapatan seorang ejen yang kosisten dengan kerjanya. Itu baru RM4,500 sebulan. Malah ada yang boleh buat sehingga RM10,000 sebulan dalam tempoh setahun saja. 



Anda cuma ulang @ repeat saja apa yang anda telah buat dalam tempoh setahun pertama. Pendapatan akan meningkat setiap bulan. Gaji naik setiap bulan. Kerja apakah yang gaji anda majikan bagi naik tiap-tipa bulan...?



Itu yang saya tunjuk jika anda boleh buat yang minimum. Bagaimana kalau anda boleh achieved dengan 1 hari 3 presentation dan semua presentation tersebut anda boleh close kes... sign up proposal... sudah tentu pendapatan anda lebih dari table yang kat atas tu! Berbalik pada logik 21 appoinment kat atas tu... jangan terkejut, ada ejen Prudential yang boleh buat lebih dari jumlah tu!



Ok anda lihat pendapatan di atas, kalaulah dalam lingkungan RM10,000 sebulan... agak-agak anda kalau kerja makan gaji berapa lama jangka masa yang perlu diambil untuk mencapai pendapatan sebanyak tu? Kalau sekarang umur anda 30 tahun... gaji anda RM1,500 hingga RM2,500 sebulan... impian anda untuk menikmati gaji RM10,000 sebulan... berapa lama agaknya...



Macam mana pula dengan pendapatan RM50,000 sebulan, berapa lama anda perlu kerja untuk mencapai pendapatan sebanyak tu?



Itu jangka masa, bagaimana pulak dengan education level? Kalau dengan sijil SPM bolehkah anda menjadi CEO?



Tetapi di Prudential, hanya dengan sijil SPM anda boleh mendapat gaji yang sama dengan gaji CEO sebuah company... malah mungkin lebih tinggi dari sesetengah CEO sesebuah company! Dengan kemahiran yang sudah tentu anda boleh belajar... saya YAKIN anda boleh melakukannya... Anda boleh fikir bukan?



Kalau kerja kat satu company dengan gaji RM50,000 sebulan... agak-agak anda jawatan apa tu? Staff biasa, Engineer, Manager, General Manager, CEO atau...



Kalau di Prudential, pendapatan RM50,000 atau RM100,000 sebulan adalah tidak mustahil! Ini adalah kisah benar. Dan pendapatan tu maintain. Bukan bulan ni RM50K... bulan depan pulak jadi RM10K...

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)