Key-Man Takaful - Lindungi Perniagaan Anda

Munir
0

Assalamualaikum semua... 



Adakah anda mempunyai business yang dikongsi bersama rakan anda? Okay, saya nak share satu Protection Instrument.



Anda pernah dengar Key-Man? Ini ialah istilah insurans/takaful untuk perlindungan business partner anda. Penting! Sangat penting untuk melindungi perniagaan anda.



Bagaimana ia melindungi perniagaan anda? Mudah saja. Saya explain dalam bahasa yang mudah untuk kita faham.



Saya bagi contoh. Ali dan Bakar berpakat untuk menubuhkan satu syarikat. Ali dan Bakar sama-sama mengeluarkan modal. 


  • Ali - Modal RM 5 juta

  • Bakar - Modal RM 5 juta

  • Syarikat AB Group Sdn Bhd - Nilai Syarikat RM 10 juta


Mereka menjalankan perniagaan bersama untung rugi. Katakanlah 5 tahun kemudian perniagaan mereka sudah menjadi nilai RM 50 juta termasuk aset-aset yang sudah bertambah.



Apakah yang akan berlaku sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia?



Katakan Bakar meninggal dunia. Maka Ali dengan apa cara sekali pun perlu membuat pembahagian HAK Bakar. Hak ini sudah tentu bersamaan dengan nilai share masing-masing. Siapa yang akan dapat? Sudah tentu keluarga Bakar.



Bagaimana Ali nak membayar share tersebut. Ali ada beberapa cara untuk membayar kepada waris Bakar.


  • Mencari rakan niaga baru dan membayar kepada waris Bakar.

  • Melantik waris Bakar untuk menjalankan perniagaan bersama dan menerima bahagian share Bakar.

  • Menjual aset syarikat untuk membayar kepada waris Bakar.

  • Menutup perniagaan dan membayar bahagian share kepada waris Bakar.



Atau mungkin Ali ada solusi lain yang boleh difikirkan.





Dengan takaful, kita ada satu terma. Kita panggil Key-Man.










Dengan menggunakan Key-Man, Ali boleh menyelamatkan semuanya.



Bagaimana? Mudah saja.



Ali dan Bakar boleh apply polisi Key-Man ke atas diri masing-masing. Mereka boleh apply dengan menggunakan konsep HIBAH.



Contoh, nilai syarikat Ali dan Bakar sudah menjadi RM 50 juta. Ini bermakna, hak masing-masing sudah menjadi RM 25 juta seorang.



Ali boleh memohon polisi Takaful Key-Man dengan meletak nama syarikat sebagai penerima HIBAH. Begitu juga Bakar, dia boleh memohon polisi Takaful Key-Man dengan syarikat sebagai penerima HIBAH.



Berapa jumlah yang mereka perlu apply? Paling minimum RM 25 juta atau lebih. Kenapa perlu lebih? Sebab nilai syarikat mereka boleh meningkat pada masa depan.


Contoh, mereka boleh apply RM 30 juta Takaful Key-Man ke atas diri masing-masing. 



Siapa yang perlu membayar caruman untuk polisi Key-Man ini? Caruman boleh diserap ke dalam expenses syarikat. Syarikat yang membayar. Pampasan akan menjadi HAK milik syarikat jika berlaku kematian.



Jadi, jika berlaku situasi di atas, Bakar meninggal dunia, Ali tidak perlu menjual share Bakar di dalam syarikat. Syarikat akan mendapat pampasan dari kematian Bakar. Dari jumlah RM 30 juta yang syarikat dapat, ianya sudah boleh menyelesaikan pembayaran share bahagian Bakar di dalam syarikat.



Bayaran boleh dibuat dengan kadar segera setelah jumlah bahagian sudah dikira. Kedua-dua pihak boleh berpuas hati dengan penyelesaian ini.



Ali boleh meneruskan perniagaan tersebut tanpa sebarang perbalahan dengan waris Bakar yang mungkin berlaku. Ali juga bebas melantik rakan niaga baru.



Takaful Key-Man adalah instrumen penyelesaian mudah untuk businessman. Jumlah yang saya tunjuk di atas adalah sekadar contoh. Anda boleh memilih berapa saja jumlah berdasarkan nilai syarikat anda.



Di bawah adalah salah satu polisi client saya yang menggunakan konsep Key-Man.









Dengan nilai Sum Assured (Pampasan) RM 40 juta seperti polisi di atas, banyak penyelesaian yang kita boleh jangkakan.


Jika anda seorang businessman yang mempunyai partner, pastikan anda mempunyai Takaful Key-Man. Tidak kira siapa pun partner anda, ia untuk menyelamatkan perniagaan anda dibelakang hari kemudian jika berlaku musibah ke atas businesses partner anda.




Untuk penerangan lanjut anda boleh hubungi saya.



Hasbul Munir Mansor

019 555 6866

Founder As Saff Associates

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)