PruBSN UmmahLink

Munir
0





PruBSN UmmahLink ialah penambahbaikan dari Pelan PruBSN Ummah. Baiklah... saya akan terangkan secara terperinci tentang PruBSN UmmahLink kat sini... Penerangan ini saya olahkan supaya mudah difahami.



Manfaat di dalam PruBSN UmmahLink saya bahagikan kepada 4 bahagian utama.






PruBSN UmmahLink InfoGrafik


(klik gambar untuk saiz besar)



1.    Perlindungan Takaful

2.    Tabung Perubatan

3.    Simpanan, Pelaburan dan 'Cash Payout'

4.    Cabutan Sijil Simpanan Premium dari BSN



Semua kategori di atas boleh dimasukkan ke dalam satu polisi. Kita boleh 'tailor made' untuk disesuaikan dengan keperluan kita. Keperluan bagi setiap kita adalah tidak sama.




  Perlindungan Takaful  




1.  Manfaat Asas


Ini ialah manfaat yang anda akan dapat dan tersedia di dalam polisi anda.



     1.1       Manfaat Pampasan Kematian

Pampasan Kematian ialah jumlah yang anda boleh pilih berdasarkan kemampuan anda. Manfaat ini ialah satu bentuk instrument yang boleh digunakan untuk sebarang perlindungan.



Anda boleh gunakan untuk perlindungan hutang-hutang anda. Boleh juga digunakan untuk perlindungan rakan kongsi perniagaan anda.




     1.2       Manfaat Takaful Berganda


Manfaat ini hanya terdapat di dalam PruBSN Ummah Link sahaja. Sekiranya berlaku kematian semasa tempoh mengerjakan Haji atau Umrah, Manfaat Pampasan Kematian di atas akan menjadi ganda DUA.



Contoh : Jika jumlah perlindungan asas anda RM500,000.00, maka apabila berlaku kematian semasa mengerjakan Haji atau Umrah, jumlah tersebut akan menjadi RM1,000,000.00.



Masa mengerjakan haji atau Umrah di atas tak semestinya anda perlu berada di Tanah Suci sepenuhnya. Ini menarik, hubungi saya untuk penerangan lengkap.





     1.3       Manfaat Hilang Upaya Kekal


Manfaat ini juga tersedia di dalam polisi PruBSN Ummah Link.





     1.4       Manfaat Badal Haji


Badal Haji atau Upah Haji, ini juga tersedia di dalam manfaat asas. Anda boleh menamakan sesiapa sahaja yang anda percaya untuk mengerjakan Badal Haji. Atau anda boleh melantik pihak Tabung Haji untuk mengerjakan Badal Haji anda selepas berlaku kematian.





2.  Manfaat Tambahan


Ini ialah antara manfaat yang anda boleh tambah ke dalam polisi anda. 


     


      2.1      Manfaat Pampasan Penyakit Kritikal


Penyakit Kritikal boleh menyebabkan anda hilang punca pendapatan. Anda boleh rujuk di link 36 Penyakit Kritikal untuk penerangan lengkap.


     


      2.2      Manfaat Kemalangan


Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana saja. Manfaat ini juga terpakai untuk Hilang Upaya akibat kemalangan.


     


      2.3      Elaun Cuti Akibat Kemalangan


Sekiranya berlaku kemalangan, sudah tentu anda tidak boleh bekerja. Bagi yang bekerja sendiri, ini amat penting. Boleh juga digunakan sebagai satu instrument bagi mengganti pendapatan anda untuk sementara anda tidak boleh bekerja.


     


      2.4      Caruman Percuma


Ini ialah satu manfaat yang akan membuat anda tenang. Selepas disahkan mengidap salah satu dari 36 Penyakit Kritikal, anda tidak perlu lagi membuat caruman. Semua manfaat di dalam polisi anda berjalan seperti biasa.



Malah, caruman anda akan dibayar oleh PruBSN.








  Tabung Perubatan  













Manfaat Tabung Perubatan atau Medical Card sama seperti di PruBSN Health Enrich. Dengan situasi kos perubatan yang semakin mahal, anda tentu perlukan satu tabung untuk mengelakkan dari membayar kos-kos yang bakal ditanggung.


     


Manfaat ini juga termasuk dalam manfaat tambahan. Sekiranya anda masih belum mempunyai Pelan Tabung Perubatan atau 'Medical Card', anda boleh 'add on' manfaat ni ke dalam polisi PruBSN Ummah Link anda.



Pilihan di dalam Medical Card PruBSN ialah...



1.     HealthEnrich Vital

2.     HealthEnrich Select

3.     HealthEnrich Advanced

4.     HealthEnrich Premier





Untuk maklumat lengkap, anda boleh rujuk seperti link yang saya berikan di atas. Pilihlah pelan yang terbaik untuk anda.








  Simpanan, Pelaburan dan 'Cash Payout'  




1. Simpanan



Anda boleh memilih mana-mana dana. Ianya adalah pilihan anda yang tersedia di dalam polisi PruBSN Ummah Link





      1.1      Dana Bon


      1.2      Dana Urus


      1.3      Dana Ekuiti





2. Takaful Saver


Satu instrument di dalam polisi PruBSN Ummah Link untuk meningkatkan 'Cash Value' anda ialah dengan menambah manfaat tambahan Takaful Saver. Manfaat ini anda boleh bermula dengan minimum RM10.00.



Untuk jangka panjang, manfaat ini boleh menjana pulangan di dalam akaun anda.





3. 'Cash Builder'


Manfaat untuk menjana pulangan yang selamat dengan Dana Simpanan dari Bank Simpanan Nasional.





4. 'Cash Payout'


'Cash Payout' ialah satu manfaat yang boleh anda keluarkan untuk apa saja kegunaan. Ia akan bermula selepas 2 tahun polisi anda.





Anda boleh membuat pilihan 'Auto Transfer' samada terus ke akaun peribadi anda atau ke akaun Tabung Haji anda.





Atau anda juga boleh membiarkannya di dalam akaun PruBSN Ummah Link anda. Ia akan menjadi terkumpul secara berterusan.





5. Pengeluaran Simpanan


Anda juga boleh membuat pengeluaran simpanan. Boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat jumlah di dalam akaun anda telah mencukupi.



Pengeluaran ini anda boleh gunakan untuk apa saja. Boleh juga digunakan sebagai Dana Pendidikan anak-anak anda. Atau anda nak melancong setelah bersara kelak. Terpulang pada keperluan anda.








  Sijil Simpanan Premium  













1. Peluang cabutan setiap bulan

Ini ialah yang pertama yang seumpama dengannya. Dengan caruman serendah RM150.00 anda layak untuk 3 cabutan Sijil Simpanan Premium. Jumlah ini akan terkumpul. Ini bermaksud, caruman anda setiap bulan akan bertambah 3 Sijil Simpanan Premium.



Atau maksud yang lain, akan ditambah 3 sijil setiap bulan. Jadi peluang untuk anda menang sentiasa meningkat.



Itu baru caruman RM150.00 sebulan, peluang anda lebih tinggi dengan penambahan nilai caruman.





2. Pulangan dari serendah 2.4% khas dari BSN untuk pemegang polisi PruBSN Ummah Link.

Pulangan pelaburan ini hanya dikhaskan untuk pemegang polisi PruBSN Ummah Link sahaja. Simpanan Selamat (Security Saving) hanya dari BSN.



Pelaburan adalah dari kaunter Dana Simpanan oleh BSN.



Hubungi saya atau team saya untuk penerangan lanjut.


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)