Claim Insurans dan Takaful

Munir
0


Sahabat semua, kes ni sama dengan kes Viral PruBSN hari tu... sama sahaja kes under investigate. Kalau ada claim yang masih under investigate belum selesai, untuk next claim memang akan pending.





Jadi kalau ada polisi yang baru setahun dua, masuk wad, dan detect penyakit yang serius, tambah pula kalau report doctor menyatakan penyakit tu dah ada sejak sekian lama, memang kena investigate. 





Ini adalah procedure biasa bagi semua insurance/takaful company.





Sebelum ni banyak dengar hanya kes dari Prudential saja. Kenapa? Sebab claim paling banyak kat hospital tu dari Prudential. Jadi peratus nak jumpa isu tu lebih banyak la.





Sekarang dah mula kena kat company lain. Client yang dok surrender polisi sebab dengaq kata company lama susah nak claim, lepas tu pi apply dengan company lain tu hadaplah. Tambah-tambah yang dah ada sejarah atau rekod di hospital.





Kalau baca komen-komen kat posting tu, banyak yang salahkan company insurans/takaful. Baca pula posting-posting orang yang share artikel tu. Pun macam-macam juga.





Pengalaman saya pun ada juga kes under investigate. Setahun kena tunggu. Lepas setahun kena hantar new medical report. Last-last kes decline. Suspected jantung. Polisi stop. PruBSN refund semua caruman. Kena explain elok-elok kat client.





Cuba baca kat artikel tu berapa Petronas cover. Petronas boleh tambah coverage, tapi lepas tu potong gaji. Kalau hilang upaya tak boleh kerja, kena berhenti. Hutang dengan Petronas?





Saya doakan brader ni cepat sembuh. Jangan marah-marah, nanti tambah sakit.






















Sumber : Facebook 





Sehingga artikel ini ditulis, posting tersebut masih lagi wujud. Saya tercari-cari kes viral Prudential punya, tapi dah tak jumpa. Dah padam katanya. Saya nak paste kat sini saja. Kalau anda rajin carilah kat Facebook sana. Ada tag line special depa buat "Insuran Paling Pelaq".





Bila datok tu dah viralkan dengan tag line macam tu, ramai yang bagi komen. Ada yang stop polisi. 





Yang stop polisi tu kalau pi apply kat company lain dan tak boleh claim, sila claim dengan datok viral tu.


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)