Surah Ash-Sharh atau Al Insyirah juga dikenali Surah Alam Nashrah. Surah yang ke 94 di dalam Al Quran ini diturunkan sesudah Surah Ad-Dhuha.
Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bererti: bukankah Kami telah melapangkan.
Kandungannya ialah tentang penegasan tentang nikmat-nikmat Allah SWT yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW.
Surah Ash-Sharh |
Kandungannya ialah tentang penegasan tentang nikmat-nikmat Allah SWT yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW.
Pernyataan Allah bahawa di samping kesukaran ada kemudahan kerana itu diperintahkan kepada Nabi agar tetap melakukan amal-amal saleh dan bertawakkal kepada-Nya.
Surah yang mempunyai pelbagai fadhilatnya untuk kita amalkan.
FADILATNYA:-
FADILATNYA:-
1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.
2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.
3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.
4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.
5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.
Antara kelebihan lain membaca surah Al Insyirah :
Antara kelebihan lain membaca surah Al Insyirah :
Siapa-siapa yang merasa kesusahan pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, insyaAllah akan sampai maksudnya, iaitu:
- Sembahyang sunat dua rakaat.
- Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al Fatihah dan surah (mana-mana surah).
- Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah SWT dan baca Surah Al Insyirah sebanyak bilangan hurufnya.
- Sesudah membaca Surah Al Insyirah , pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah SWT.