Munir Studio















Assalammualaikum...

Selamat datang sahabat semua. Bermula awal tahun 2019 saya telah memulakan channel YouTube saya.

Awal permulaan channel saya dinamakan dengan MunirVlogr. Saya bercadang nak buat video ala-ala vlog begitu. Konsep video saya mulanya ke arah memancing. Cuma untuk suka-suka saja. Selama beberapa bulan saya cari content untuk video saya, saya rasa sangat letih. Dengan umur yang orang kata koi tua ni rasa macam dah tak sesuai lagi.

Dalam masa yang sama saya mendekatkan diri dengan masjid. Ya la umoq dah tua. Dan terfikir untuk buat rakaman kuliah-kuliah yang saya hadiri. Dari situlah saya mengubah content saya kepada rakaman kuliah-kuliah di masjid-masjid.

Masa buat rakaman selalu ustaz-ustaz akan tanya, kamu rakam ni letak kat mana? Saya bagitau saya letak kat YouTube. Apa nama YouTube kamu? Saya bagitau MunirVlogr. Bila saya sebut MunirVlogr kebanyakan ustaz tak boleh nak sebut. Hahaha... Tiga kali sebut ustaz tak faham lagi dia tak tanya dah la... Dari situ saya buat keputusan nak tukar nama channel. Ini cuma untuk memudahkan orang sebut nama channel saja. Lama masa saya ambil nak fikir benda ni. Last-last saya tukar kepada nama Munir Media.

Sampai satu masa saya rasa nama Munir Media ni nampak sangat besar. Tak tahulah sebab ada rasa macam bersalah sikit pun ada. Tak mau nama nampak macam gah macam tu. Saya buat keputusan untuk tukar lagi nama.

Last sekali jadilah nama Munir Studio. Dekat link kena cari Munir Studio Production baru jumpa. Alhamdulillah baru hati rasa tenang sikit.

Channel saya akan menghimpunkan koleksi ceramah, kuliah, syarah serta tazkirah dari asatizah-asatizah terpilih. Saya akan cuba elak dari penceramah yang kasar dan maki hamun. Usaha dakwah adalah dengan penuh kasih sayang. Koleksi himpunan ceramah ini hanyalah sebagai satu usaha dakwah saya. Inilah cara saya.
Sebagai hamba Allah yang sangat lemah dan penuh dengan dosa silam serta sentiasa melakukan dosa, ini salah satu cara untuk saya menanam #SahamAkhirat. Saya cuba buat sesuatu yang baik walaupun bukan yang terbaik. Harap ada yang menonton dan mendapat sedikit sebanyak manfaat dari channel saya. Jangan lupa SUBSCRIBE dan SHARE. Semoga anda juga memperoleh sedikit pahala kebaikan darinya. Tagline saya guna sepotong ayat dari hadis Nabi S.A.W. "Sampaikanlah Dariku Walau Satu Ayat" - Rasulullah S.A.W.
InsyaAllah. Nota : Jika ada kesilapan atau bercanggah dengan syariat dari isi kandungan video-video di channel saya, mohon sahabat semua terus rujuk kepada yang lebih ahli atau pakar.

Follow SocMed saya di sini...

Follow Instagram : https://www.instagram.com/munir.studio/ #DenganIzinAllah #SahamAkhirat

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post