Bukan Semua Yang Ustaz Cakap Itu Kita Ingat

Munir
0

 Lepas habis ngaji tadi... kemas-kemas semua... Bang Pa mai tanya... "Munet... hang mai ngaji ni sambil rakam-rakam video... hang balik tengok balik kaa?"


Aku jawab... "Ya Bang Pa... saya tengok balik... sebab apa yang ustaz cakap tadi tu bukan semua saya ingat"

Aku tanya dia... "Bang Pa pulak ingat dak apa ustaz tu cakap tadi... tu yang tadi... yang minggu lepas... yang bulan lepas... ingat dak?"

Dia geleng pala sambil gelak... dia kata... "Kalau macam tu aku nak kena rekod jugaklah minggu depan"

Bagusss laa Bang Pa... Bang Pa ni member tempat keja lama...

Sekarang ni bukan lagi dunia catatan tuan-tuan... sekarang dunia video... kita boleh dengaq balik sebijik-sebijik...

Bila dah dapat ilmu tu... sebar-sebarkanlah... supaya orang lain yang tak boleh mai pun dapat sama... bukan semua boleh mai... kalau mampu buat... buatlah kerana Allah...



Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)