Hari ini 5 Februari 2026, bermula fasa baru dalam hidup saya. Tahun ini juga dah capai angka 55 tahun sudah. Tua dah...
Sedikit cerita, hari ini saya mulakan satu projek. Saya anak petani, tapi sejak lepas sekolah tak pernah pun bergelumang dengan tanah. 16 tahun kerja dengan EON Service. Lepas dengan EON saya masuk bidang insurans/takaful. 20 tahun juga bersama PruBSN.
Hari ini saya cuba nak beralih bidang. Nak usahakan sedikit tanah mak sedara saya ni. Taklah banyak dalam serelung setengah saja. Lebih kurang hampir satu ekar juga. Perancangan awal saya nak buat tanaman kantan. Dah study habis cukup-cukup dah. Tapi last minit adik saya bagi idea suruh tanam BP. Maaf kena sebut short form BP. Takut tak menjadi. Kalau betul-betul menjadi baru berani sebut tanaman apa. Bila adik saya sebut BP ni, dia kata tanaman ni tak dak orang buat lagi. Betoi, tak jumpa lagi kat Malaysia ni yang buat secara komersial. Dalam hati saya, boleh ka ni. Saya study tanaman ni kena buat di tempat sedikit sejuk. Dan perlukan banyak air. Kedah ni kalau dia mai musim panas memang sangat bahang.
Adik saya ni dia memang belajar pertanian. Jadi percayalah juga sikit-sikit. Hahaha. Bersungguh dia kata boleh jadi kalau buat bagi proper.
Jadi bermulalah projek saya ni. Konten posting ni saya letak bawah kategori My Life. Sebab saya rasa ini adalah life saya. Bukan lagi business saya. Kalau benda ni jadi business pun saya tetap anggap inilah life saya. AGRO...
Apa itu BP... rahsia dulu. Hahaha...






















