3rd Party Administrator

Munir
0


3rd Party atau pun maksud yang lain ialah pihak ketiga. Apa relatednya 3rd Party dengan insurans yang kita ambil. Kalau kita beli insurans kereta motor... lepas tu ada orang sebut 3rd Party... itu maksudnya lain. Kat sini saya tak nak cerita yang tu. Dia tak sama dengan 3rd Party insurans kereta motor tu.





3rd party yang saya nak kisahkan kat sini berkenaan dengan Life Insurans atau Takaful. Mungkin ramai yang tak tahu benda ni. 3rd Party atau 3rd Party Administrator (TPA) ialah pihak yang menguruskan tuntutan (claim) bagi pihak syarikat insurans/takaful. Ada banyak syarikat TPA di Malaysia.





Di bawah ni saya senaraikan beberapa syarikat TPA.










































Mungkin ada lagi syarikat yang saya tak senaraikan di sini. Anda boleh cari sendiri. Macam mana nak tau syarikat ni menjadi syarikat TPA kepada syarikat insurans/takaful yang kita ambil. Selalunya ada dinyatakan dalam polisi/sijil. Anda boleh rujuk dengan ejen anda. Tanya depa medical card tu pakai 3rd Party ka dak. Atau pun kalau insurans/takaful yang anda ambil tu ada disertakan medical card... selalunya ada tertera logo syarikat TPA ni kat medical card tersebut. Jadi... mudah saja kalau nak tau.





Kenapa ada pihak ketiga?


Pihak ketiga ni dilantik hanya untuk menguruskan proses tuntutan saja. Mengapa pihak insurans/takaful melantik syarikat pihak ketiga untuk membuat tuntutan bagi pihak mereka? Ada beberapa sebab pihak ketiga dilantik. Antaranya disebabkan KOS.





Kos untuk menguruskan kes tuntutan bukanlah kecil. Untuk menguruskan kes-kes tuntutan, pihak syarikat isnurans/takaful juga memerlukan internal doktor. Internal doktor ni tugasnya ialah meneliti setiap laporan perubatan yang dihantar oleh hospital apabila pencarum masuk wad.







Ada kelebihan dan kekurangannya kat sini. Kalau kita tengok kat sini, pihak hospital bukanlah berkomunikasi dengan syarikat insurans/takaful. Sama ada nak dapatkan Guaranty Letter atau apa-apa approval hanya TPA yang buat keputusan. Apa-apa keputusan adalah tetap dan berdasarkan apa yang terkandung dalam polisi. Tidak ada tolak ansur.





Tolak ansur yang saya maksudkan ialah seperti kemunculan kes-kes penyakit yang baru seperti H1N1 tempoh hari. Apabila kes H1N1 keluar... kebanyakan syarikat insurans/takaful tidak memberi perlindungan. Ini disebabkan TPA mesti mengikut syarat yang terkandung dalam polisi.





Jadi sekiranya tuntutan medical claim tu diuruskan oleh pihak ketiga, mereka tidak ada kompromi dalam hal ni... mereka hanya akan mengikut procedure yang tertera di dalam polisi saja. Memang jarang berlaku hal semacam ni... tapi bila berlaku akan ada sedikit kekeliruan di situ.





Dalam hal ni... sekiranya sebuah syarikat tu ada lesen Takaful... saya tidak pasti syarikat 3rd Party ni Syariah Compliant atau tidak... ini disebabkan syarikat pengendali Takaful dan syarikat 3rd Party ni adalah berasingan... dan mereka juga menjalankan perniagaan berasaskan keuntungan.


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)