Project Listen - Aku Tewaskan Kanser!

Munir
0


Salam semua... okay ni sesuatu yang saya nak share untuk tatapan kaum wanita di luar sana semua... artikel ni saya ambil dari Harian Metro 27hb September 2012 berkenaan kisah seorang guru melawan penyakit kanser...







Anda Klik Pada Gambar Untuk Saiz Yang Lebih Besar






Beliau ialah Cikgu Norazilah Mat Noh... client saya juga... saya pernah tulis artikel berkenaan beliau di SINI... anda boleh baca pengalaman beliau melawan penyakit kanser yang menjadi igauan ngeri bagi setiap wanita...





Saya dapat call dari Cikgu Norazilah pada 22hb September tempoh hari... semasa saya tengah menghadiri Konvesyen Ejen Bumiputra di PWTC... katanya Prudential ada call beliau menyatakan yang Harian Metro akan datang interview berkenaan kisah hidupnya melawan kanser... baguslah lagi pun saya dengar tak berapa clear sebab dalam hall...





Kisahnya, beliau ada menyertai Project Listen yang dianjur oleh Prudential... anda boleh baca kisahnya di SINI... dan dia terpilih untuk berkongsi kisah hidup bagaimana beliau melawan penyakit kanser yang telah dihadapinya... siap dapat voucher shopping lagi... projek ini terbuka untuk semua client Prudential menceritakan pengalaman mereka... sebagai ejen beliau saya bersyukur dapat membantu dengan Pelan Perlindungan Kewangan dari Prudential... 





Alhamdulillah... beliau dapat berkongsi dengan semua orang tentang betapa penjagaan kesihatan itu amat penting... penting untuk kita semua mengetahui bahawa kanser payudara adalah pembunuh no. 1 kaum wanita di Malaysia...





Doa saya semoga Cikgu Norazilah sihat sepenuhnya di samping keluarga... dan boleh menjalani kehidupan sama seperti insan lain... Aminnn...


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)