Kerjaya Pilihan Saya – Perunding PruBSN Takaful

Munir
0



Artikel ini sedikit panjang. Biar saya tulis dengan santai. Tak terlalu formal. Anda perlu baca bagi habis. Hadamkan.


Pernah terfikir tak anda nak jadi Perunding Takaful satu masa dulu? Tidak bukan?









Masa sekolah dulu kalau cikgu tanya “Besar nanti kamu nak jadi apa?” Tentu jawapan dia seperti biasa… Cikgu, Doktor, Engineer, Pensyarah, Pilot atau apa saja kerja yang best-best kan… hahaha…


Baiklah, mari saya explain bagaimana kerjaya yang bukan menjadi pilihan ni boleh merubah masa depan anda.


Kebanyakan Perunding Takaful datang dari pelbagai latar belakang. Ada guru, ada salesman, ada engineer, ada bankers malah doktor pun ada. Kebanyakannya datang dari senarai kerjaya utama yang kita pilih masa sekolah tadi. Bila masuk dalam bidang ni, semua jadi sama, cuma latar belakang education saja yang membezakan.


Walaupun ada yang datang dari latar belakang yang hebat-hebat, tak semestinya mereka boleh bertahan dalam industri ini. Ada juga yang hilang selepas beberapa tahun. Tapi bagi yang jiwanya jiwa businessman, kebanyakannya boleh bertahan.


Jadi kalau anda datang dari latar belakang dengan sekadar SPM saja, janganlah risau. Dengan syarat anda boleh berusaha dengan keras, insyaAllah anda boleh berjaya. Malah anda boleh berjaya lebih lagi dari mereka yang berlatar belakang hebat-hebat tadi.




   Siapa Kita   


Adakah kita dilahirkan terus jadi kaya? Kalaulah kita dilahirkan kaya! Untungkan… tak perlu nak meniaga bagai. Tapi reality dia orang kaya pun berniaga. Berniaga untuk meneruskan kelangsungan hidup. Supaya anak-anak boleh meneruskan legasi yang sedia ada.


Jadi kita perlu membuat keputusan untuk memilih kerjaya. Apakah kerjaya yang sesuai dengan anda. Yang sesuai dengan kelulusan anda.


Jom cek di mana kita…




   Impian   


Setiap dari kita mempunyai impian masing-masing. Apakah impian anda. Cuba anda senaraikan. Jangan la tulis impian yang tak logik. Senaraikan impian anda yang boleh anda capai secara logik dalam tempoh yang anda telah tetapkan. Tetapkan tempoh untuk mencapai sasaran impian anda.


Ini Senarai Impian Anda?













  • Leader

  • Trainer

  • Speaker

  • Motivator

  • Businessman

  • Writer/Author

  • Charity/Helping People



Kalau anda tahu, bidang Perunding Takaful boleh membawa anda ke arah impian anda seperti senarai di atas.


Sebaik saja anda masuk ke dalam bidang ini, dan anda perform dengan kerjaya anda, secara automatik anda akan jadi LEADER. Secara tak langsung juga anda sudah jadi TRAINER kepada group anda. Dan kalau anda berjaya bersama team anda yang kuat, nanti company akan invite anda menjadi SPEAKER. Bila dah jadi SPEAKER ia boleh membawa anda sebagai MOTIVATOR.


Semua ini tak perlu untuk anda ada PhD semua. Pengalaman anda akan membuat diri anda berharga. Orang akan follow anda. Anda berjaya dengan kerjaya anda dalam bidang ni, anda akan dianggap BUSINESSMAN. Businessman yang REAL. Yang mempunyai pengalaman. Bukan setakat pakar buat SEMINAR.


Untuk maju setapak lagi, anda boleh menjadi WRITER atau penulis buku. Itu pun kalau anda berminat ke arah bidang tu.


Last sekali, bila anda sudah mencapai satu tahap dalam hidup anda, tahap yang tertinggi, anda boleh menubuhkan CHARITY team. Membantu orang-orang yang susah. Dengan kekuatan kewangan yang anda ada, semua ini tak mustahil. Anda boleh buat apa saja.


Semua ni sebenarnya akan jadi secara automatik. Hanya bermula sebagai Perunding Takaful secara BODO-BODO kata leader-leader hebat yang saya pernah jumpa.


Anda jangan risau tentang income anda. Dalam kerjaya Perunding Takaful, sebaik saja impian anda tercapai sebagai LEADER pun sudah cukup senang. Impian sebagai Motivator atau Writer tu cuma sampingan saja. Anda boleh buat duit sampingan.


Jadi, apakah impian anda yang sebenar?




   Makan Gaji   


Tahukah anda bagaimana realiti makan gaji? Soalan saya yang selalu menjadi keutamaan ialah ‘Sejauh mana pendapatan dari gaji kita itu menjadi HALAL?’


Sebagai umat Islam, inilah perkara yang paling utama perlu kita fikirkan. Pastikan gaji kita bersih dari segala bentuk atau sumber yang haram. Ingatlah, setiap sen dari pendapatan kita yang kita makan akan menjadi darah daging kita.



Reality dalam kebanyakan jabatan, tak kira jabatan kerajaan atau swasta untuk nak naik pangkat ke jawatan bersama kenaikan gaji, ada beberapa kriteria yang anda perlu penuhi. Bukan mudah.


Bawah sini antara beberapa perkara yang anda perlu ambil sebagai benda yang berat sebelum mula kerja makan gaji.


  • Pukul berapa masuk kerja
    Bila anda mula saja kerja, tak kira kerja apa pun, asalkan anda ada majikan, perkara yang paling utama sekali ialah masuk kerja pada waktu yang tepat. Kalau dalam surat pengesahan jawatan ada tertulis waktu kerja dari 8.00 pagi sampai 5.00 petang, anda wajib patuhi. Waktu kerja yang dimaksudkan ialah mula kerja pukul 8.00. Bukan pukul 8.00 baru punchcard.
    .
    Apakah status gaji anda kalau anda mula kerja pukul 9.00 pagi… pukul 4.30 dah stop semua sebab kalut nak balik pukul 5.00.Ramai saja punchcard pukul 8.00 keluar makan, pukul 9.00 baru masuk office. Pung-pang pung-pang… pukul 9.30 baru betul-betul mula buat kerja. Lepas tu nak rehat pulak.Realitinya banyak jabatan yang macam ni! Tak percaya? Halalkah gaji yang anda dapat tu. Gaji yang nak bagi anak bini makan. Pastikan setiap MINIT masa kerja anda adalah betul-betul buat kerja.



  • Pukul berapa keluar rehat
    Waktu rehat pulak tau dah. Faham-faham sendirilah berapa lama keluar rehat. Kalau rehat pukul 10.00 pagi sampai 10.30 pagi, anda boleh jamin tak yang anda akan tepati masa rehat tu.Selalu mesti lebih. Kalau lebih, lepas tu kita kumpul masa tu dalam sebulan, dah jadi berapa. Silap-silap boleh jadi satu hari jumlah keseluruhan masa rehat.Halal tak pendapatan anda kalau macam tu.
    .

  • Pukul berapa balik kerja
    Balik kerja? Kalau masa sebenar balik kerja pukul 5.00 petang, selalunya pukul 4.30 tu dah kalut dah. Tutup semua dah mesin-mesin. Pergi toilet kemaskan diri. Pukul 4.55 dah beratur depan punchcard.Halalkah kerja kita yang macam tu.
    .

  • Guna peralatan pejabat untuk hal peribadi
    Percaya tak, hal penggunaan peralatan pejabat untuk hal peribadi ni kadang-kadang berlaku tanpa disedari. Pen, pensil, kertas… dah biasa dah tu. Paling banyak kertas photostat yang kena print untuk hal peribadi. Itu semua harta syarikat.Tu belum kira guna telefon syarikat lagi. Guna telefon syarikat untuk hal peribadi, siapa tak pernah? Bil syarikat yang bayar tau…Halal tak? Dapat gaji makan jadi darah daging tuuu…
    .

  • Guna kereta syarikat untuk hal peribadi
    Ini pun selalu. Kalau kerja driver tu dah biasalah. Kadang-kadang staf yang ada kuasa sikit tu, minta driver hantar sana hantar sini. Minyak siapa bayar? Syarikat lahhh… hehehe…Dapat gaji dengan cara macam tu, bagi anak bini makan. Anak bini bukan tau apa. Tanggungjawab kita untuk pastikan sumber pendapatan kita HALAL!
    .

  • Cuti sakit dengan sengaja
    Ini pun satu hal. Sama ada anda nak percaya atau tidak, perkara ni biasa berlaku. Berlakon depan doktor, kautim dengan doktor dapatlah cuti. Tak sakit pun, rehat kat rumah.Ada juga ambil cuti sakit, tapi pi makan angin atau buat hal peribadi. Cuti sakit juga boleh digunakan untuk sambung public holiday.Cukup bulan anda dapat gaji. Halal tak macam tu.
    .

  • Bodek untuk naik pangkatBodek? Hahaha… berapa banyak yang boleh buat kerja tanpa membodek. Tak kiralah sama ada bodek secara langsung atau tak langsung. Nak naik gaji beb, tak bodek tak kipas tak merasa la naik gaji.Bayangkan ada orang lain yang lebih layak untuk jawatan yang anda bodek tu. Bayangkan gaji yang anda terima tu tak setimpal dengan kerja anda.Lepas tu anda nak makan dengan gaji yang macam tu. Layak tak diberi status HALAL?



  • Marah tak puas hati dengan kerja
    Kebanyakan syarikat ada kesatuan kerja. Ikutlah undang-undang. Tapi kalau marah sebab kerja banyak sedangkan itu memang kerja kita, baik berenti saja. Ramai lagi yang nak kerja.Anda kerja dalam keadaan macam tu boleh menyebabkan hasil gaji yang anda dapat menjadi tidak HALAL.
    .

  • Claim melebih-lebih
    Ini pun banyak berlaku. Kos RM800.00 tapi minta ditulis kat resit RM1,000.00. Claim dengan syarikat RM1,000.00. Lebih RM200 kat situ. Ini cuma salah satu contoh saja.Padahal berlambak kes macam ni. Cari makan beb… ini adalah sumber yang terang-terang HARAM!
    .

  • RASUAH
    Tak perlu cerita panjang-panjang. Anda boleh baca kat akhbar-akhbar. Itu yang dilaporkan. Yang tak dilaporkan macam mana. Kes yang kecik-kecik. Rasuah jangan dibuat main.Walau RM1.00 ia tetap dikira RASUAH. Dan ia tetap HARAM!



Itu antara perkara biasa yang berlaku di jabatan atau syarikat kebanyakan. Tak percaya? Kalau anda kerja nanti tau lah. Realiti tak boleh menipu. Dah jadi budaya macam tu.


Mai layan video ni sikit…









Saya menulis macam ni sebab saya ada pengalaman selama lebih 15 tahun dengan syarikat swasta. Dan saya ada rakan di sektor kerajaan. Sama saja budayanya.


Dalam kerjaya Perunding Takaful tidak ada langsung berlaku perkara-perkara atau unsur-unsur yang macam kat atas tu. Dan sebenarnya tak ada keperluan pun untuk kita buat macam tu. Ini sebab semua kita kerja sendiri. Nak rehat berapa lama pun terpulang. Nak cuti berapa lama pun terpulang asalkan urusan kerja kita selesai. Kadang-kadang masa betul-betul sakit pun kita kerja. Sebab kita enjoy dengan kerja kita. Tidak pernah marah atau merungut dengan kerjaya kita.


Jadi, kerjaya yang bagaimana anda nak pilih. Kalau anda pilih makan gaji, anda perlu elak 100% dari unsur-unsur di atas. Mampukah anda?


Nota : Tapi bukan semua macam tu. Ada juga yang betul-betul buat kerja. Berapa peratus kalau kita nak kira dari golongan di atas dengan yang betul-betul buat kerja.




   E.S.B.I. Quadrant   


Basically ada 4 konsep kerjaya…













  E    Employee (Pekerja)   
Anda bekerja dengan orang dan perlu mengikut arahan. Anda dapat gaji tetap. Pendapatan anda statik. Ini adalah golongan majority. Anda boleh lihat saja di sekeliling.


Kenaikan pangkat berdasarkan prestasi anda. Kenaikan gaji secara tahunan. Anda sakit serius kemungkinan anda hilang pekerjaan


  S    Self Employee (Bekerja Sendiri)   
Anda berniaga dan semuanya anda buat sendiri. Dari A sampai Z anda yang uruskan. Anda buat anda dapat, dan anda berhenti anda tak dapat. Lagi banyak anda berusaha lagi banyak anda dapat.


Kenaikan pangkat… anda boleh letak apa saja pangkat anda berdasarkan bidang kerja anda. Kenaikan pendapatan berdasarkan prestasi peribadi anda. Anda sakit serius pendapatan anda tidak masuk.


  B    Business Owner (Pemilik Perniagaan)  
Sama juga macam bekerja sendiri di atas, tetapi anda mempunyai sistem. Anda develop satu sistem dan ia berjalan dengan sendiri. Anda mempunyai team untuk business anda.Anda mampu mengembangkan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi. Anda membuka peluang kerjaya kepada orang lain.


Kenaikan pangkat… terpulang kepada anda nak letak jawatan apa. Anda boleh bina seberapa banyak pendapatan anda. Tiada limit. Kata otai yang saya pernah jumpa, “Anda boleh bina seberapa banyak pipeline yang anda suka. Dengan kata lain pendapatan anda TIADA HAD!


Anda sakit serius pendapatan anda masih ada. Dan kalau anda meninggal maka perniagaan anda boleh diwariskan kepada anak-anak anda. Inilah apa yang ada di dalam Kerjaya Perunding Takaful.


  I     Investor (Pelabur)   
Untuk sampai ke sini, selalunya anda perlu ada modal terlebih dahulu. Selalunya mereka ada perniagaan seperti di atas.


Anda mempunyai banyak masa dan pendapatan anda juga tiada had. Ramai Perunding Takaful yang telah berjaya memasuki bidang ini. Mereka membina lebih banyak pipeline.




   Takaful Adalah Perniagaan   


9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Ini semua orang tahu. Tapi tahukah anda, masih ramai mengejar yang 1/10 tu. Terlalu ramai anak muda yang suka kerja makan gaji. Mudah katanya, nak duit cepat. Berniaga lambat dapat duit.


Cuba tengok saya print screen kat bawah sini…























Sesetengah tu bukan saja cari kerja, demand pulak tu. Nak kerja macam ni… nak kerja macam tu. Nak kerja dari jam sekian sampai jam sekian. Semua nak yang senang-senang saja. Dah tu bila kita letak nombor phone pun depa suruh kita call depa lagi.


Kita boleh nampak real attitude budak-budak sekarang. Kesian dengan anak bangsa saya ni. Anak-anak bangsa lain mereka diajar berniaga sejak kecil. Ini pun semua orang tau.




   Kriteria Sebuah Perniagaan   


Bila kita nak mula berniaga, apakah kriteria utama yang kita akan pilih. Mari saya tunjukkan antara beberapa kriteria yang anda harus ambil kira.


  1     Pasaran   


Perkara yang paling utama ialah pasaran. Ini sangat penting untuk sesebuah perniagaan bertahan. Apakah pasaran takaful masih luas. Anda jangan risau, pasaran takaful tak pernah habis. Hari-hari ada kelahiran baru. Itu semua pasaran kita.


Berikut adalah senarai utama.


  • Pasaran Takaful adalah seawal umur 20 minggu dalam kandungan sehingga umur 70 tahun. Hanya PruBSN yang start coverage dari dalam kandungan.



  • Sesiapa saja yang mempunyai kesihatan yang baik. Kalau kesihatan kurang memuaskan atau mempunyai masalah kesihatan, pun boleh apply tetapi perlukan pemeriksaan perubatan. Sama ada lulus atau tidak bergantung kepada laporan perubatan. Ini syarat utama.



  • Orang yang mempunyai kemampuan membayar caruman. Sebenarnya ramai yang mampu, cuma kadang-kadang mereka meletakkan priority lain terlebih dahulu. Kita boleh ubah minda orang ramai untuk menjadikan Takaful sebagai priority yang teratas.



  • Orang yang mempunyai authority serta keperluan. Semua orang mempunyai keperluan untuk mengelakkan dari berlaku bencana kewangan yang lebih besar.



Kat bawah ni saya tunjukkan perbezaan peratus orang yang memiliki perlindungan takaful dari tahun 2009 hingga 2016. dalam tempoh 8 tahun cuma berapa saja perbezaannya. Ini menunjukkan masih ramai yang belum mempunyai kesedaran tentang perlindungan takaful.










Peratus Pemilikan Takaful 2009







Peratus Pemilikan Takaful 2016


Jadi masih ramai yang belum ada takaful. Tugas kita untuk membuka minda kesedaran orang awam di luar sana. Jangan segan jangan malu.


Introduce diri anda. Takaful sekarang sudah menjadi satu keperluan utama. Kenapa?


  • Setiap hari ada kematian

  • Setiap hari ada kemalangan

  • Setiap hari ada orang sakit.

  • Kos hospital sentiasa meningkat.

  • Penyakit baru yang pelik muncul setiap tahun.

  • Sebagai perlindungan pendapatan.

  • Perlindungan harta syarikat.



Dan percayalah, pasaran ini tak pernah habis.


  2     Modal   


Bidang Perunding Takaful ini juga adalah salah satu dari cabang perniagaan. Setiap perniagaan tentu perlukan modal. Modalnya hanya sekali saja – Kos Exam (Untuk Diri Sendiri) :


1. PCE – Pre-Contract ExaminationRM 89.00




2. TBE – Takaful Basic ExaminationRM 84.80




Atau anda boleh baca di SINI untuk lebih detail. Tak mahal pun. Bagi yang betul-betul buat, dalam masa 6 bulan pun dah balik modal. Silap-silap lebih awal dari tu.


Selain dari modal duit, apa lagi modal yang anda perlukan? Diri andalah. Diri anda adalah modal utama. Pejabat? Anda tak perlu menyewa pun. Semua disediakan secara percuma. Modal lain cuma bil telefon dan kos minyak anda saja. Itu pun anda boleh control supaya menjadi minimum.


Selain dari itu adalah percuma.


  3     Produk   


Antara yang paling penting dalam sebuah perniagaan ialah PRODUK. Ini ialah apa yang client akan dapat bila kita jual.


Sebagai Perunding Takaful, kita tak perlu…


  • Fikir untuk membuat produk.

  • Nak ada R&D.

  • Risau barang kita nak rosak atau tidak.

  • Beli barang untuk buat stok.

  • Takut kalau jual barang tak habis.



PruBSN mempunyai senarai produk yang lengkap. Ia meliputi…


  • Manfaat Kematian

  • Manfaat Kemalangan

  • Manfaat Penyakit Kritikal

  • Manfaat Hilang Upaya

  • Kad Perubatan

  • Manfaat Perlindungan Bayi Dalam Kandungan



Dan pelbagai lagi. Anda boleh rujuk dengan Perunding Takaful sebab produk-produk dari PruBSN sentiasa diperbaharui. Sentiasa upgrade.


PruBSN juga mempunyai sistem portal yang membolehkan anda bekerja di mana saja, di seluruh Malaysia. Sistem PruBSN adalah MOBILITY.


  4     Keuntungan   


Apabila kita terlibat dengan kerjaya Perunding Takaful, ada DUA keuntungan yang kita akan capai.


  • Kejayaan Pertama – Dunia.

  • Kejayaan Kedua – Akhirat.



Kejayaan Pertama, anda boleh menjadi kaya dan membantu orang lain pula. Income anda, anda yang tentukan berdasarkan pencapaian anda. Bukan majikan yang tentukan income anda.


Kejayaan Kedua, ia sebagai saham akhirat anda. Bila kita kerja dengan niat membantu sesama insan, insyaAllah… Allah akan bantu kita. Perunding Takaful juga boleh dianggap sebagai Mujahid Takaful. Konsep di takaful sendiri adalah bantu membantu antara sesama insan. Kita berjihad dengan takaful, berubah dari sistem konvensional kepada sistem yang Islamik.


Di bawah sini ialah pecahan komisen bagi Perunding Takaful selama 6 tahun.











Untuk lebih detail, anda boleh masuk SINI.


Itu belum masuk pelbagai contest yang PruBSN sediakan. Bonus lagi. Kalau anda betul-betul perform, bonus anda ialah 6 bulan sekali bermula tahun kedua.


Kenaikan pangkat atau Career Path.





Ini ialah career path di dalam kerjaya Perunding Takaful di PruBSN. Bagi yang nak dapatkan skim elaun kita ada EDP – Be A BOSS. Maksudnya Entrepreneur Development Program. Be A BOSS tu bukan maksud jadi bos. BOSS maksudnya Business Owner Self Starter. Datang office saya boleh explain detail.


Mungkin ramai juga yang tak tahu, perniagaan takaful sama macam sistem francais. Anda tahukan macam mana sistem francais berjalan. Contoh sistem francais seperti Petrol Station, KFC, McD, 7Eleven, Pizza Hut dan seumpamanya.


Dalam sistem francais, anda tak perlu susah-susah nak fikir macam mana nak buat product. Product semua disediakan oleh syarikat. Sisrem francais kat atas tu mungkin anda kena sediakan tempat, tapi di PruBSN semua tempat disediakan. Tak perlu nak sewa kedai. Jadi tidak ada kos langsung kat situ termasuk bil air atau elektrik.


Jadi lagi sekali, income anda, anda yang tentukan. Tiada limit income yang diletakkan.


  5     Kebolehan   


Apakah kebolehan yang diperlukan untuk menjadi Perunding Takaful? Jangan fikir terlalu serius. Ramai yang very succes people dalam bidang ni sebenarnya bermula sebagai untuk suka-suka saja.


Segala kebolehan kita boleh belajar. Tidak ada manusia yang lahir saja terus boleh berjalan. Setiap apa perkara pun, jika kita buat secara berulang-ulang, pada akhirnya kita akan menjadi expert. Kita akan menjadi biasa.


Untuk menjadi success, anda perlukan mentor. Ini untuk menilai diri anda. Untuk memperbaiki diri anda. Setiap orang mempunyai masalah atau kelemahan. Tak kira sama ada besar atau kecil, ia perlu di atasi. Anda boleh cari mentor atau minta sesiapa menjadi coach anda. Selalunya LEADER atau orang yang membawa anda ke dalam bidang ini boleh membantu.


Jangan mengharap pada satu sumber saja. Cari ilmu dari sesiapa saja. ILMU adalah KUASA. Ilmu akan menunjukkan anda lebih dari orang lain.


Sekiranya anda mempunyai kriteria di bawah, itu adalah bonus.


  • Sikap atau attitude positif yang terbaik.

  • Skill komunikasi yang bagus.

  • Mempunyai jaringan kenalan yang ramai adalah satu kelebihan.

  • Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum.

  • Pengetahuan am yang luas.

  • Mempunyai jiwa atau perasaan yang suka menolong.

  • Pentingkan masa.



Semua yang di atas jika tidak ada pada anda, jangan risau, ia boleh diubah. Belajar dari mentor atau coach. Minta mereka cari kelemahan kita. Kita tidak akan nampak di mana kelemahan diri sendiri melainkan orang lain. Minta mereka monitor prestasi kita.


Percaya tak anda…


  • Orang jual produk keSIHATan tak boleh SAKIT.

  • Orang jual produk keCANTIKan tak boleh HODOH.

  • Orang jual ubat KURUS tak boleh GEMUK.

  • Tapi orang yang promote Takaful, sakit ka… hodoh ka… gemuk ka… semua BOLEH.



Bidang Perunding Takaful boleh dianggap bidang yang Freelance. Anda tidak terikat dengan punchcard masuk pukul 8 pagi balik pukul 5 petang. Anda bebas untuk mengatur masa anda. Anda bebas mengatur strategi perniagaan anda. Dengan sistem mobility yang kita ada, anda boleh buat kerja di mana saja.


Walaupun kita sebut freelance, tapi kita masih terikat dengan syarat-syarat yang syarikat tetapkan. Syarikat tetapkan pun sebab kena ikut Term and Condition oleh Bank Negara Malaysia. Itu saja.


Nota : Kelayakan untuk menjadi Perunding Takaful adalah minimum SPM. Atau anda boleh baca di SINI. Di sini juga saya membuka peluang kepada golongan OKU tertentu. Ya golongan OKU juga berpeluang dalam perniagaan ini. InsyaAllah.


  6     Kepuasan   


Menguruskan sebuah perniagaan dengan kebebasan masa sendiri adalah menjadi satu kepuasan bagi setiap individu. Tidak terikat dengan arahan-arahan BOS yang kadang-kadang memeningkan. Tidak ada YES BOS di sini. Yang ada cuma LEADER… kita akan lead sampai berjaya. Dengan syarat mahu follow dan sentiasa mahu belajar. Sama-sama berjaya.


Definisi kepuasan tidak sama bagi setiap orang. Bagi saya kepuasan membantu orang itu yang paling utama. Bila client sakit, masuk wad… kena kos hospital sampai berpuluh-puluh ribu dan client tu tak perlu bayar, itu adalah satu kepuasan bagi saya. Bukan suka sebab client sakit. Tidak!. Tapi puas sebab kita dah bantu client kita.


Bila client kita meninggal, dan selepas itu kita menghulur cheque dengan nilai RM tertentu, itu juga satu kepuasan bila nampak riak wajah waris yang tersenyum.


Dalam dunia Perunding Takaful, lebih ramai kita bantu orang untuk mendapatkan perlindungan kewangan maka income kita akan automatik menjadi lebih. Tak perlu risau sebab ianya akan menjadi automatik. Kita cuma fokus kepada bagaimana nak bantu lebih ramai orang saja.


Bantulah dengan hati yang tulus.




   Jom Berniaga – PruBSN Takaful Planner   


Jommm… jangan tunggu lama-lama! Ramai yang saya interview untuk menyertai bidang ini, bila dengar saja kena jumpa orang, kena berurusan dengan orang, depa jadi tersentot. Terus tak jadi. Mungkin anda tak tahu, 99% perniagaan perlu berurusan dengan manusia.


Bukalah minda anda. Ubah pemikiran kita yang suka makan gaji. Saya tidak menghina orang yang makan gaji, tetapi kalau anda ada potensi sebagai peniaga, jangan sia-siakan peluang. Atau mungkin anda tidak tahu yang anda ada potensi sebagai peniaga. Potensi itu boleh digilap jika betul caranya.


Pilihlah takaful. Kenapa?… Anda boleh tonton video ini.





Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)