Penyakit Sosial Media

Munir
0




The Google Effect


Bila kali terakhir anda ingat nombor telefon individu yang penting pada anda? Itu permulaannya selepas kita mempunyai teknologi buku telefon dalam telefon. Simptom The Google Effect menular kerana semakin ramai manusia merasakan yang kita sudah tidak perlu mengingati sesuatu, kerana adanya Google.



Otak kita kini mulai menyimpan kurang maklumat berbanding dahulu walaupun maklumat semakin mudah diperolehi.


Kesannya mungkin tidak dirasai sangat ketika ini. Bagaimanapun proses pembelajaran satu masa nanti pasti berubah, apabila pelajar mula tidak mengingati apa yang mereka pelajari kerana kita sudah terbiasa dengan sistem maklumat di hujung jari.

Facebook Depression


Dalam satu kajian yang dilakukan University of Michigan, perasaan murung didapati meningkat sejajar dengan jumlah masa yang digunakan oleh orang muda di Amerika Syarikat. Ini berlaku kerana orang ramai hanya akan memuat naik perkara baik tentang mereka dalam Facebook – percutian, parti, buat apa dan sebagainya.


Melihat gambaran tersebut mampu membuatkan kita beranggapan orang lain mempunyai kehidupan yang lebih berkualiti berbanding kita, sedangkan perkara itu tidak benar. Menurut kajian tersebut, andai seseorang terlalu memfokuskan dirinya terhadap apa yang dipaparkan di dalam Facebook, memang mudah untuk dia jadi murung.


Nasihat penyelidik, jangan percaya apa yang anda lihat dalam Facebook.

Fear of Missing Out


Fear of Missing Out (FoMO) atau takut ketinggalan adalah gejala yang semakin kerap melanda pengguna media sosial. FOMO boleh berlaku dalam beberapa cara. Contohnya apabila kita selalu kerap disisihkan daripada acara sedangkan gambar perkongsian rakan telah dimuat naik, yang membuatkan kita tertanya mengapa kita tak dijemput.


FOMO juga berlaku dalam bentuk perbincangan, di mana kita tidak tahu sesuatu isu viral yang menjadi perbualan ramai sedangkan orang lain ketawa berdekah-dekah tentang isu viral yang nampak seperti anda sahaja tak tahu.


Ekoran daripada kegusaran kita tidak mahu ‘ketinggalan’ itu, kita akan lebih banyak menghabiskan masa kita untuk memastikan diri kita tidak terlepas dari undangan atau isu semasa yang hangat, menjadikan kita sentiasa risau terlepas sesuatu yang dikongsikan.



Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)