Doa Berlindung Dari Kesyirikan

Munir
0

Sahabat,

Dosa syirik adalah dosa yang paling BESAR yang Allah tak akan ampunkan melainkan dengan taubat nasuha sahaja. Syirik besar selalu kita boleh ingat atau nampak, tapi macam mana dengan syirik kecil. Inilah yang paling kita takut.

Macam mana yang dikatakan syirik kecil tu. Contoh paling dekat, bila kita solat sendirian, kita buat biasa-biasa saja sebab tak ada orang lain yang nampak. Tapi bila kita solat di masjid atau di mana saja yang ada orang lain bersama, masa ni kita jaga solat kita betul-betul sebab ada orang yang akan melihat solat kita.

Jadi di situ kita dah solat kerana orang lain, bukan kerana Allah lagi. Kita solat nak bagi orang nampak solat kita sempurna. Kita tak perasan, sebenarnya inilah syirik kecil.


Di atas ni ada doa yang boleh kita amalkan. Doa untuk berlindung dari kesyirikan. Semuanya datang dari HATI kita. Contoh solat yang ditulis di atas cuma sebahagian saja. Ada banyak lagi perkara yang boleh membawa kita kepada syirik kecil ni. Bahaya sahabat!

Bila hati kita ada satu rasa macam ujub, takbur, riak atau menunjuk-nunjuk cepat-cepat kita baca doa ni. Jom kita amalkan bersama. Semoga kita semua dijauhkan dari dosa-dosa syirik.

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)