Rezeki Yang Telah Tertulis

Munir
0


Sahabat,

Ini ialah quote text dari satu posting di FaceBook. Saja aku nak simpan kat blog aku ni. Sebab apa yang berlaku ni tengah berlaku kat aku sekarang. 

Sangat menginspirasikan aku. Allahuakbar... tepat kena... tak lari sikit pun... semua kita serah kat Allah... semua di dalam kekuasaan Dia... dan semuanya dah tertulis!

Whenever aku gi kerja mana-mana, aku just buat kerja pipeline then balik. It’s purely technical and work things. Somehow, kali ni agak berbeza. Terlalu banyak life lessons yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata.
Mengambil inspirasi Pramoedya Ananta Toer dengan kata-kata kehidupannya, aku juga ingin coretkan sesuatu buat ingatan di hari mendatang.
1. Tetamu itu pembawa rezeki. Layanlah tamu yang datang rumah kita seperti raja. Bacalah sirah macamana Nabi layan tetamu.
2. Kalau dah rezeki kita, tak buat apa pun dia akan datang bergolek. Tapi kalau bukan rezeki kita, kejar seribu tahun pun takkan dapat punya.
3. Kadang dalam hidup kita berdepan pilihan sukar. Tak tahu nak pilih yang mana. Bilamana kita andaikan diri kita akan mati esok lusa, then the most appealing option tu akan lagi clear.
4. Nak jadi orang baik juga senang. First, jangan buat jahat kat orang. Itu pun dah cukup baik. Kalau berbuat baik pada orang, lagilah baik.
5. Dalam perjalanan hidup kita, kita akan jumpa ramai orang. Tiap orang ada kebaikan dia sendiri. Maka, ambillah kebaikan dia dan semai dalam diri kita.
6. Kawan is beribu. Member is beratus. Sahabat hanyalah beberapa. Member yang sanggup susah senang dengan kita, itulah sahabat.
7. Kalau ada member yang mengajak kita ke arah akhirat, peganglah dia kemas-kemas. Zaman loni dah tak ramai orang yang mengajak ke arah kebaikan.
8. Prinsip itu ada harganya. Dan ia bukanlah percuma. Ada harga yang perlu dibayar.
9. Betul kata orang. Amanah tu kita berbuat sesuatu dengan betul sebab tuhan nampak, never ever sebab manusia.
10. Good health is priceless. Duit berjuta dalam bank pun dah tak bermakna kalau dah terlantar sakit.
11. Masa lapang juga sesuatu yang priceless. Seorang CEO mungkin punya duit berjuta, tapi masa lapang belum tentu ada. Jika kita rasa hidup kita lapang, bersyukurlah. Itu juga rezeki.
12. Masa ialah the biggest investment in life. Invest money ketika masih muda, tuai bila tua. Berbuat baik ketika masa hidup, tuai bila mati.
13. Berbuat baiklah pada semua orang. Tak kira dia siapa. Sebab kita tak tahu siapa yang doakan kesejahteraan kita.
14. Hidup miskin itu ujian. Hidup senang juga ujian. Duit ada rm10, senang je bagi kat orang rm1. Tapi duit ada rm10k, nak bagi orang rm1k pun dah ketar. Padahal ianya sama 10%. Kuncinya ialah qanaah.
15. Belanja orang makan is the simplest way to make people happy.
16. Kalau nak masakan sedap, kita akan bubuh gula garam cili secukup rasa. Tak berlebih sangat. Tak berkurang sangat. Begitulah juga dengan kehidupan.
17. Duit yang kita guna, dah sah tentu duit kita. Duit yang kita simpan belum tentu kita punya. Duit yang kita sedekah jariah, inilah yang certainly tolong kita nanti.
18. Dengarlah nasihat “orang lama” buat pedoman. Dia nasihat bukan sebab dia rasa hebat. Tapi sebab dia dah been there done that.
19. Buatlah apa saja asalkan dapat redha orang tua. Kita akan berjaya dunia akhirat dengan restu mereka.
20. Never underestimate the power of side income. Sebab ia somehow could switch becoming your main income.
21. Someday, there will be a turning point in our life. Mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin nanti. Tapi certainly pasti.


Semoga ada sedikit manfaat dari sini.

Kredit : Tengku Mohd Shahru Haslan 

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)