Warga Maya Semakin Biadap

Munir
0


Kalau hampa perasan, mula-mula ada FB dulu, orang yang buat posting dan komen-komen ni semuanya sopan-sopan saja. Tak berani nak tulis yang teruk-teruk. Dulu masa zaman mirc... zaman Yahoo Messenger... zaman MSN Messenger... aku dah lalui semua tu. Tak dak orang berani nak komen atau sembang biadap. Walaupun masa tu guna nick name saja dan orang tak kenai kita pun. Pakai nama samaran saja.


Tapi masa berlalu. Keadaan berubah. Lebih kurang pun sepuluh tahun saja. Semakin lama, orang dah biasa. Semakin berani meluahkan rasa. Mengumpat, memaki hamun... penuh di media sosial. Tak kira tua tak kira muda. Malah tak berlindung dengan nama samaran lagi.


Admin-admin page pulak suka post isu-isu yang boleh mengundang macam-macam komen. Komen silap sikit saja berduyun mai serbu. Dia tak tau pun orang tu sapa. Tua ka muda ka. Tak dak rasa hormat. Hilang dah rasa tu. Biadap!


Senang nak buat dosa.


Betullah, akhir zaman, semua orang ada smart phone. Fitnah datang dari arah yang paling mudah. Dah masuk ke dalam rumah kita. Masuk ke dalam poket kita. Ujian ke atas kita semua. Ujian akhir zaman.


Kalau tulisan kita boleh mengundang perbalahan, baik jangan tulis. Zaman sekarang zaman yang penuh huru hara. Menghina, mencaci, maki hamun dah jadi perkara biasa.


Kalau nampak posting-posting atau komen macam tu, baik diam saja jangan reply. Nanti terpalit sama. Tulisan kita di media sosial tu kekal. Tambah-tambah bila kita terlupa apa yang kita sudah tulis.


Hampa bayanghkanlah lagi sepuluh tahun media sosial ni akan jadi macam mana. Jagalah anak-anak kita dengan baik. Waris keturunan kita akan lalui semua tu. Mungkin masa tu kita dah tak dak lagi. Apa yang kita buat sekarang ni mana tau Allah nak bagi kifarah kat anak cucu kita. Nauzubillahi Minzalik...


Gunalah media sosial sebaik mungkin. Hanya untuk kebaikan. Jalan yang boleh kita buat pahala. Kalau kita dah mati pun pahala tu masih berjalan. Janganlah kita jadi mata rantai untuk menyambung dosa. 


Ni tak lama lagi nak mai AI pulak. Lagilah besar fitnah dunia media sosial kita... sekali lagi... jagalah anak cucu kita sebaik mungkin...


Pilihan itu di tangan kita.



Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)